Sejak 7 Oktober 2023, rakyat Palestin terus diuji tanpa henti. Kehilangan tempat tinggal, kekurangan bekalan asas, dan paling menyedihkan kesukaran mendapatkan makanan untuk meneruskan hidup.
Melalui kempen Pemulihan Palestin, MVM menyalurkan bantuan secara berterusan kepada penduduk di kawasan seperti Utara Gaza, Deir Al Balah dan Khan Younis dengan fokus utama kepada penyediaan makanan panas.

Selain makanan panas, hasil sumbangan para penyumbang tersebut diterjemahkan menjadi ubat-ubatan, khemah, air bersih, selimut dan pakaian kepada mereka yang memerlukan.
Ada hari mereka dapat menikmati hidangan seperti nasi bersama ayam atau daging cincang. Namun, apabila dana terhad, mereka hanya mampu menikmati makanan ringkas seperti sup sayur bayam.

Walau apa jua hidangan yang tersedia, mereka tetap hadir, beratur dan menunggu kerana itulah satu-satunya sumber untuk mengalas perut yang kosong.
Pemulihan bukan berlaku dalam sehari. Ia bermula dengan memastikan mereka mampu bertahan satu hidangan demi satu hidangan.

Kempen ini adalah usaha berterusan untuk memastikan bantuan sampai kepada mereka, dan setiap sumbangan yang diberikan akan terus menjadi asbab makanan dihidangkan kepada mereka yang memerlukan.
Kami masih meneruskan agihan makanan panas di sana, selagi ada ruang dan peluang.

Jika hati anda masih tergerak untuk membantu, anda boleh terus menyumbang.
Semoga Allah menerima setiap kebaikan anda sebagai amal jariah, melapangkan rezeki, dan membalasnya dengan ganjaran yang tidak ternilai.
Jom #BuatBaik!

Tiada perkembangan
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini